Semua tempahan memerlukan tempoh siap di antara 2 hingga 3 minggu bergantung kepada kuantiti dan kerumitan rekaan.
Caj Urgent
Tempahan yang memerlukan siap lebih cepat daripada tempoh biasa akan dikenakan caj tambahan sebanyak 10% daripada jumlah keseluruhan.
Deposit Rekaan (Design)
Deposit sebanyak RM50 dikenakan untuk proses rekaan. Deposit ini adalah tidak boleh dikembalikan.
Deposit Tempahan Baju
Pelanggan perlu membuat bayaran deposit sebanyak 70% daripada jumlah keseluruhan sebelum proses penghasilan baju dimulakan.Baki bayaran perlu dijelaskan sebelum penghantaran atau pengambilan.
Polisi Pembatalan & Refund
Tiada pemulangan wang (refund) dibenarkan selepas bayaran dibuat.
Pembatalan tempahan tidak akan dikembalikan dalam apa jua keadaan.
Kesilapan Tempahan
Sekiranya terdapat kesilapan dari pihak kami (contoh: salah design, saiz atau cetakan), pelanggan layak menerima penggantian baju baharu secara percuma.
Penggantian hanya sah untuk kesilapan daripada pihak Longmiau Studio sahaja.
Pengesahan Tempahan
Semua maklumat tempahan (design, saiz, warna, kuantiti) hendaklah disahkan oleh pelanggan sebelum produksi dimulakan.
Sebarang perubahan selepas pengesahan mungkin tidak dapat dilayan atau akan dikenakan caj tambahan.
Dengan membuat tempahan, pelanggan dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju dengan semua terma & syarat yang dinyatakan di atas.